Shin-chan di Malaysia Crayon_Shin-chan

Crayon Shin-chan diperkenalkan di Malaysia pada pertengahan 1990-an melalui komik yang diterjemah kepada Bahasa Melayu dan Bahasa Cina. Tajuk komik versi bahasa Melayu menjadi Dik Cerdas. Manakala, terjemahan Bahasa Cinanya berjudul La Bi Xiao Xin (Bahasa Cina: 蜡笔小新; pinyin: làbǐ xiǎoxīn).

Shin-chan akhirnya muncul di televisyen tempatan dengan alih suara Bahasa Melayu yang disiarkan oleh NTV7 pada tahun 2002 (hari Isnin jam 7.00 malam) dan kemudian berpindah ke hari Sabtu jam 7.00 malam pada 2003 dan ia ditaja oleh Faber-Castell. Pengalih suara bagi Shin-chan merupakan seorang belasan tahun bernama Arfalie Fikrie Razali. Anime Shin-chan merupakan antara rancangan televisyen yang paling ramai penontonnya bagi stesen tersebut, sungguhpun terpaksa melalui penapisan yang ketat.